Wordless Wednesday – Selamat Pagi Burung

20130522-100200.jpg

“On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description”

Komisen Pertama Dari Program Job Di Rumah

Saya mula join Program Affiliate Job Di Rumah (JDR) pada 24 Mac 2013.Itupun sebab jeles dengan saudara Titan yang tak pernah putus-putus terima komisen. :-)

Selepas mendaftar, saya terus berdiam diri, tidak mempromosikan Job Di Rumah.Suatu tindakan yang kurang bijak sebenarnya.Hanya kira-kira hampir sebulan selepas itu baru saya mula mempromosikan program buat duit yang popular ini.

Selepas menulis beberapa artikel yang berkaitan dengan cara buat duit online dan saya link artikel tersebut dengan entri yang berkaitan dengan Program Job Di Rumah, saya duduk diam.Tidak pernah ambil tahu lagi mengenai perkembangan terkini Program Job Di Rumah.Tujuannya adalah untuk melakukan sedikit eksperimentasi sendiri berkenaan beberapa tips yang saya telah cedok dari Blog Penggemar Cendol.

Pagi tadi hati saya tergerak untuk check akaun affiliate Job Di Rumah.

20130521-130617.jpg

Bila diperiksa, saya dapati ada satu sales telah berlaku dan komisen sebanyak RM20.00 telah dimasukkan ke dalam akaun Maybank saya pada 16 Mei 2013.Mungkin saya tidak ambil tahu sangat berkenaan email pada minggu lepas sebab terlalu teruja untuk menghadiri #SBDdB13 pada hari Ahad baru-baru ni.

Untuk lebih kepastian, saya periksa semula email yang diterima pada 16 Mei iaitu pada hari Khamis lepas.

20130521-131301.jpg

Memang betul.Bayaran komisen telah masuk.

Telah terbukti bahawa Job Di Rumah merupakan sebuah program buat duit secara online yang boleh dipercayai.Mereka mempunyai komitmen yang tinggi di dalam menjalankan program ini.Bayaran komisen telah dibayar tepat pada masanya.Tentu ada yang berkata, “komisen cuma RM20.00 untuk satu sales, bila nak kaya.Sebenarnya jumlah RM20.00 memang sudah cukup berbaloi dengan apa yang anda lakukan.Bayangkan jika anda memperolehi 5 sales dalam masa sehari atau seminggu.Anda sudah memperolehi RM100.00 dari situ.

“Jadi, fikir-fikirkanlah”

Bagi anda yang masih mencari-cari sebuah program buat duit yang bagus di internet, saya sangat-sangat mencadangkan supaya anda menyertai Program Job Di Rumah ini kerana ia terbukti sebagai sebuah program buat duit yang boleh dipercayai.

Untuk menyertai, anda boleh klik pada pautan berikut :

Program Buat Duit Dengan Job Di Rumah

Atau jika anda ingin membaca entri saya yang berkaitan dengan Program Job Di Rumah, anda dijemput membacanya di entri yang bertajuk :

Mudahnya Jana Pendapatan Online Dengan Program Job Di Rumah

Semoga anda berjaya buat duit secara online dan mendapat komisen pertama dari Program Job Di Rumah seperti saya!

Aksi Blogger Di Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

Seperti yang telah saya tulis di dalam entri semalam, saya telah menghadiri suatu seminar yang berbentuk perkongsian ilmiah sesama blogger di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

Menurut pihak penganjur iaitu Akademi Denaihati, majlis telah dihadiri oleh lebih dari 180 orang peserta.

Di dalam majlis tersebut saya tidak banyak sangat mengambil gambar.Mana yang sempat, saya snap.Kiranya tak bersungguh sangat la.Saya lebih teruja untuk mendengar bebelan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Titan, Nisakay, Shuth, Tekong dan juga blogger yang bertugas sebagai moderator iaitu Abang Ensem.

Berikut merupakan serba sedikit gambar yang saya sempat ambil.Mari kita lihat gelagat mereka.

20130519-235434.jpg

20130519-235705.jpg

20130519-235747.jpg

20130519-235855.jpg

20130520-000018.jpg

20130520-000216.jpg

20130520-000342.jpg

20130520-000435.jpg

20130520-000512.jpg

20130520-000630.jpg

Itu merupakan serba sedikit aksi blogger di Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 anjuran saudara Denaihati.Saya yakin, anda semua nak komen cara Titan tidur.

* Terlupa, yang ni gambar yang dishoot Kak Ji..sepupu dia katanya. :-)

20130520-084554.jpg

** Maaf, sesetengah gambar kabur, tak menjadi.Tapi saya degil nak masukkan jugak..