Kanak-Kanak Bermain Game – Kebaikan Atau Keburukan?

Saya yakin kebanyakan daripada kita semua memiliki gajet-gajet yang mempunyai permainan dan aplikasi canggih di dalamnya.Saya juga terfikir sama ada permainan atau aplikasi tersebut boleh membawa kepada feedback positif atau negatif kepada generasi cilik iaitu anak-anak di zaman sekarang.Zaman kita kecil dahulu kita lebih selesa jika bermain permainan yang boleh mengeluarkan peluh seperti galah panjang,polis sentri,askar-askar dan sebagainya.Situasi ini sangat berbeza dengan kanak-kanak pada zaman sekarang.

20121217-164057.jpg

Usah diambil contoh yang jauh.Anak-anak saya sendiri pun sudah terbiasa bermain game dengan iPhone,iPad,laptop dan segala jenis gajet yang saya miliki.Hendak dihalang mereka bermain gajet-gajet tersebut agak susah kerana keadaan atau perubahan ini berdasarkan kepada evolusi antara zaman.Jika tidak dibenarkan mereka bermain,saya bimbang jika mereka akan ketinggalan dari perkembangan teknologi semasa.Saya risau jika ia akan mempengaruhi kehidupan yang bakal mereka tempuhi bermula dari zaman persekolahan dan seterusnya.Mana tidaknya,rata-rata cara pembelajaran di sekolah sekarang semuanya sudah melibatkan teknologi digital yang mana ia memerlukan sekurang-kurangnya penggunaan komputer di sekolah.Ada pula di antara pelajar-pelajar sekolah dikehendaki untuk mencari sumber-sumber tertentu berkaitan dengan pembelajaran melalui carian di internet.

Itu baru cara pembelajaran di peringkat persekolahan.Saya yakin cara pembelajaran di pusat pengajian tinggi sekarang juga sudah memasuki era penggunaan teknologi digital dan juga internet.Kebanyakan dari sumber pembelajaran perlu diperolehi dari internet.Ia memaksa para pelajar pusat pengajian tinggi untuk memiliki sekurang-kurangnya laptop ataupun netbook.Ada juga di antara mereka yang memiliki gajet-gajet yang mudah dibawa seperti iPhone,iPad dan Samsung smartphone.Pada zaman ini memiliki gajet-gajet seperti itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan suatu kehendak lagi.Ia sudah menjadi keperluan bagi setiap pelajar.Segala nota-nota,gambar dan video pembelajaran boleh disimpan di dalamnya dan ia boleh diakses tidak kira masa dan tempat.

20121217-170431.jpg

Itu cerita di zaman pengajian.Bagi sektor pekerjaan pula,boleh dikatakan kebanyakannya tidak kiralah daripada sektor swasta ataupun kerajaan,semuanya sudah mula menggunakan teknologi di dalam urusan seharian.Semua urusan mahu dilakukan dan diselesaikan dengan cepat.Oleh itu kecekapan di dalam penggunaan teknologi digital dan internet adalah amat penting bagi kegunaan seharian di alam pekerjaan.

Berbalik kepada isu bermain game di kalangan anak-anak kecil sekarang.Walaupun kita sebagai ibu bapa merelakan gajet kita di’gomol’ oleh mereka yang kebanyakannya digunakan untuk bermain game,pemantauan ketat dan secara berkala juga hendaklah dilakukan.Permainan yang berunsurkan keganasan sama sekali perlu dielakkan.Ibu bapa mesti bijak untuk membenarkan hanya game dan aplikasi yang berunsurkan pembelajaran dan pendidikan serta yang boleh menjana minda sahaja yang boleh diinstall.Kebebasan untuk memuat turun sendiri aplikasi atau game juga hendaklah disekat.Antara caranya ialah dengan menetapkan kata laluan bagi setiap game atau aplikasi yang hendak dimuat turun dan tentulah kata laluan tersebut hanya diketahui oleh ibu bapa sahaja.Dengan cara ini ibu bapa dapat mengelakkan daripada sesuatu aplikasi atau permainan yang tidak sesuai daripada dimuat turun oleh si cilik dan seterusnya dapat menentukan jenis game dan aplikasi yang berguna untuk diakses dan dimainkan oleh mereka.

20121217-190149.jpg

Secara kesimpulannya,teknologi canggih gajet-gajet masakini lebih menjurus kepada kepada kebaikan untuk anak-anak kecil asalkan ia dipantau dengan ketat dan diselia secara berkala oleh ibu bapa.Ini kerana tidak dinafikan terdapat juga jenis permainan dan aplikasi yang boleh merangsang minda dan otak si kecil serta berguna untuk perkembangan pemikiran mereka.

Untuk memastikan teknologi ini tidak disalahguna,golongan cilik tidak seharusnya diberi kebebasan menyeluruh untuk mengakses keseluruhan gajet kita apatah lagi untuk memuat turun sendiri aplikasi atau game yang disediakan oleh pihak penyedia teknologi.Semuanya adalah berdasarkan kepada kebijaksanaan dan idea kreatif ibu bapa di dalam memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan teknologi dan di dalam masa yang sama juga anak-anak tidak terus hanyut akibat daripada kelekaan di dalam bermain permainan-permainan berunsurkan digital ini.

Selain daripada itu,kita sendiri sebagai ibu bapa perlu juga mengawal diri sendiri supaya tidak leka dengan permainan-permainan ini.Apa yang membimbangkan ada segelintir ibu bapa yang lebih addicted terhadap sesuatu game berbanding dengan anak-anak mereka sendiri.Diharap mereka lebih bijak menilai propaganda yang diatur dan direncana oleh golongan Freemason supaya umat manusia lalai,leka dan takjub dengan kecanggihan dan kehebatan harta dunia.Jika sesuatu teknologi itu membawa kepada kebaikan kita gunakan ia manakala jika ada apa-apa yang boleh membawa kepada keburukan serta kemudaratan,cepat-cepat kita jauhi.

** Setakat ini masih dapat mengawal dan menilai.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa perkara tidak diingini yang berlaku akibat daripada info-info yang diperolehi daripada pembacaan artikel di blog ini.Jika terdapat sebarang kemusykilan atau tanda tanya yang terbit di dalam kepala yang memerlukan penyelesaian kukuh,pengunjung/pembaca dinasihatkan supaya mendapatkan bimbingan,pendapat dan nasihat daripada pakar-pakar yang lebih berpengetahuan di dalam bab yang difikirkan perlu.

Facebook Twitter Google+  

2 thought “Kanak-Kanak Bermain Game – Kebaikan Atau Keburukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*

CommentLuv badge