Tag Archives: bacaan ipu jerebu terkini 2013

Sekolah Daerah Kuantan Diarah Tutup Akibat Jerebu

Semua sekolah di daerah Kuantan diarahkan supaya ditutup esok (24 Jun 2013).Info ini diperolehi dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan (PPD Kuantan), menerusi laman Facebook pejabat itu.

20130623-165002.jpg

Perkara ini diarah memandangkan situasi jerebu yang semakin bertambah serius di daerah Kuantan dengan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin meningkat.Anda boleh rujuk di dua artikel berkenaan jerebu yang saya tulis sebelum ini.

Bagi ibu bapa yang inginkan kepastian, boleh terus ke laman Facebook Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan [Klik].

Anda juga boleh merujuk status terkini bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar Malaysia [Klik].

Posted in Informasi | Also tagged , , , , , , , , , , , , 27 Comments

Bacaan IPU Terkini Tahap Jerebu Di Malaysia

Tahap bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) telah meningkat bagi setiap kawasan yang terlibat dengan jerebu di Malaysia.Bacaan IPU yang digunakan untuk mengukur tahap jerebu yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia menunjukkan peningkatan drastik tahap bacaannya.

Bacaan IPU kawasan tempat tinggal saya di Indera Mahkota juga telah menunjukkan peningkatan tahap bacaan.Di bawah saya paparkan beberapa gambar yang menunjukkan situasi jerebu yang saya ambil di sekitar kawasan Indera Mahkota Kuantan.

20130623-144341.jpg

20130623-144512.jpg

20130623-144712.jpg

Untuk info terkini tahap bacaan jerebu di Malaysia, sila layari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar Malaysia [KLIK].

Posted in Informasi | Also tagged , , , , , , , , , , 8 Comments

Info Terkini Masalah Jerebu Di Malaysia

Insentif RM30.00 Untuk Bulan Jun Sedang Berjalan

Malaysia sekarang sedang dilanda dengan masalah jerebu.Masalah yang sama juga sedang dialami oleh negara jiran kita, Singapura.Masalah jerebu ini terjadi disebabkan oleh asap yang bertiup dari Kepulauan Sumatera hasil daripada kegiatan menebang dan membakar yang dijalankan di kepulauan tersebut.

Menurut info, selain daripada kegiatan pembakaran terbuka yang dinyatakan di atas, faktor penyumbang lain bagi masalah jerebu adalah daripada kegiatan lain seperti kebakaran tanah gambut, pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan juga pengeluaran asap dari kilang industri.

Di dalam kes jerebu yang kita sedang alami sekarang, kegiatan membakar tanaman kelapa sawit yang tidak terkawal di Kepulauan Sumatera telah membawa asap jerebu tersebut ke Malaysia dan juga Singapura.

20130620-082150.jpg

Screenshot bacaan IPU kawasan yang dilanda jerebu yang dikemaskini sehingga 19/6/2013.

Setakat pagi semalam, Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah melaporkan tahap pencemaran udara tertinggi telah berlaku di negeri Johor dengan bacaan IPU 142.

Angka ini kemudiannya diikuti oleh daerah Larkin Lama dan juga Kota Tinggi iaitu masing-masing mendapat bacaan IPU 152 dan juga 166.Kawasan terendah mencatat bacaan IPU di Malaysia pula adalah Alor Setar di mana bacaan yang direkodkan berada pada tahap IPU 27.

Bagi daerah saya pula, iaitu Indera Mahkota, Kuantan, tahap bacaan IPU tertinggi sehingga semalam adalah 70.

Berdasarkan rekod semalam yang diperoleh dari laman sesawang Kementerian Alam Sekitar, Malaysia mencatatkan bacaan IPU yang sederhana iaitu pada bacaan 59 peratus dengan hanya tujuh kawasan berada di bawah bacaan IPU melebihi 100.

Untuk info terkini masalah jerebu di Malaysia, sila periksa tahap jerebu di lokasi dengan cara klik pada PAUTAN INI.

** Encik Titan, sila rujuk.Kawasan anda berada pada tahap bacaan melebihi IPU 100.

Posted in Informasi | Also tagged , , , , , 27 Comments